Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Malaysia dan India akan bekerjasama untuk menumpaskan ekstremisme dan keganasan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam sidang media bersama Perdana Menteri India, Narendra Modi setelah mengadakan rundingan bilateral di Kuala Lumpur hari ini.
Najib berkata Malaysia dan India akan berkongsi matlamat dalam memerangi ekstremisme dan keganasan. "Kami menjangka untuk menangani keganasan dan bekerjasama rapat untuk menumpaskan ekstremisme dan keganasan," katanya. Mengakui India mempunyai industri pertahanan yang sangat dinamik dan kuat, Najib berkata kementerian berkaitan di Malaysia dan India akan membincangkan kemungkinan untuk mengembangkan hubungan bidang pertahanan dan keselamatan dua hala. Sementara itu, Modi berkata beliau amat menghargai kerjasama keselamatan dengan Malaysia kerana ia menggariskan komitmen bersama untuk menangani cabaran keselamatan. - BERNAMA